Gua rasa gua dah malas nak menerangkan tentang hidup ataupun participate dalam kelompok binatang-binatang bodoh yang gah bersyarah tentang erti dan nilai hidup. gua sendiri pun tak idealis lagi dengan hidup. Apa ntah tu hidup, gua pun malas nak fikirkan. Tapi intipati yang unggul gua pegang untuk selamanya ialah 'live large and make money'.
Baru-baru ni gua eksiden kereta. Kiranya eksiden gua ni adalah eksiden yang paling celakalah dalam hidup gua sebab kalau mengikut logic akal dan kemaluan gua, memang kompom mampus gua di tempat kejadian sebab eksiden ni adalah sangat tragic. Gua siap langgar pokok dan kereta gua bahagian depan hancur ibarat tin sardin dipijak Rosmah Mansur. Memang tragis.
Tapi gua masih menten hensem dan comel walaupun dalam keadaan eksiden, takde seberang kecederaan fizikal dan tak mandul langsung. Gua siap boleh keluar dari kereta, matikan enjin dan lepak tepi jalan sambil hisap rokok. Perasaan gua time tu sangat bongkak dengan alam semesta.
Well, gua memang nak riak sikit, tapi takut riak ni akan membawa bala petaka juga dekat gua, tapi takpelah, gua tetap nak story dekat blog ni.
Bulan February 2013, nak kata bulan ni bulan malang bagi gua pun gua rasa tak patut, sebab gua tak pernah pandang diri gua malang ataupun ditimpa malang cuma gua rasa bulan ni gua banyak uruskan masalah peribadi gua je.
Dah beberapa bulan gua kerap masuk hospital ataupun melawat hospital, maklumlah, gua tak sesihat dahulu, tapi walaupun tak sihat, gua masih aktif dengan aktiviti menyayangi para gadis-gadis kesunyian di luar sana.
Bagi gua, bila dalam keadaan tidak sihat fizikal, ia akan effect mental juga, dalam konteks ni, sama ada ia effect emosi, perspective atau semangat untuk hidup. Dan bagi gua pula, mental gua di-effect oleh sebab emosi dan kesunyian. Well, statement ni gua tak reka sendiri, psychiatrist gua yang cakap.
Gua selalu berharap kalau satu masa nanti gua memerlukan psychiatrist, gua akan mendapat seekor awek yang cun, berkaki panjang pakai mini skirt dan akan menari pole dancing bila setiap kali appointment. Tapi malangnya gua hanya mampu bayar seekor awek tudung yang tak berapa cun. Gua simpati pada diri gua sendiri.
Umur gua sekarang dah nak masuk 45 tahun, (umur sebenar dirahsiakan). Gua rasa hidup gua takde hala tuju langsung, gaya hidup gua adalah sangat shit, jadual hidup gua adalah sangat shit dan pesepctive hidup gua adalah sangat shit.
Dalam hidup gua cuma ada 2 ekor kawan saja, it's Faiz and Elle. Hidup gua sangat padat dengan segala aktiviti yang bangang serta penuh dengan duniawi. Kerja, kerja, kerja, kerja dan buat duit sebanyak yang mungkin.
Bila gua ada masa lapang, gua akan pergi ke tempat lepak gua sama ada di Maduro Lounge TTDI atau Havana Club, Concord untuk cigar, kekadang kalau gua rajin gua akan pergi ke Kota Damansara untuk lepak di Saints Bar sambil cigar dan layan live musician di sana.
Gua tetap selama ini selesa lepak dan hidup sendiri walaupun gua dan cuba beberapa kali untuk bergaul dengan kelompok binatang-binatang yang lebih besar, tapi gua gagal mengawal sikap kebinatangan gua yang lebih binatang berbanding binatang-binatang yang maha sial lain.
Petang tadi, gua berfikir kembali, gua ni hidup dengan terlalu boros dan mewah sambil banyak membuat benda-benda yang tak berfaedah, kekadang gua menyampah dengan diri sendiri sebab gua berjaya untuk mendapat kegembiraan dan kepuasan hidup untuk seketika sahaja, tapi bukan untuk selamanya.
Gua selalu yakinkan diri gua sendiri yang gua ni adalah sangat tua dan akan mampus tak lama lagi, makin hari semangat untuk meneruskan hidup adlaah sangat mellow. Tiap hari, gua bangun tidor, gua hanya bersemangat dengan kerja-kerja duniawi gua saja sambil melupakan tentang diri gua, bila gua sakit atau masuk hospital, gua tetap akan buat kerja sebab dengan kerja, gua rasa berguna dengan hidup gua.
Pernah jugak gua terfikir untuk ada hidup yang steady, ada family, ada wife, ada rumah yang proper, ada jadual hidup dan yang paling penting sekali, gua mahukan satu sebab yang kukuh untuk gua balik rumah dan duduk di rumah. Gua pun manusia jugak, bukan setiap masa binatang.
Gua admit, hidup gua sangat sunyi, dan untuk gua menghilangkan kesunyian itu, gua akan menghabiskan banyak duit dengan cara yang tak wajar semata-mata.
Korang tau tak zaman sekarang ni susah gila nak cari kawan? Kalau setakat mencari kawan di social media tu, baik tak payah lah, sampah je, social media makes me sick of thinking of it. Kekadang gua rasa mencari kawan dan macam mencari awek idaman, punyalah susah. Hmm, gua rasa gua ni bengong.
Ntah lah, gua tak tau apa masalah gua, mungkin juga gua takde masalah dan sengaja cari masalah, mungkin juga gua buat-buat ada masalah, mungkin juga gua memang bermasalah. Kalau korang kerap masuk keluar hospital dan berhadapan dengan maut, korang akan faham akan simdrom 'vagina di hati', sebab gua yakin hati dan emosi gua sekarang ada vagina dan clitoris, korang gentel sikit je gua dah sensitif.
Kalau ada orang tanya khabar gua pun gua rasa nak peluk orang tu dan cakap terima kasih sebab tanya khabar gua, dan kalau ada orang maki gua pun gua akan peluk dia dan cakap dia akan mampus gua kerjakan kalau dia tak mintak maaf,
Apalah yang gua mengarut ni, ntah lah,
Gua rindu seorang awek yang bernama Enne. Apa khabar dia? Apa dia buat sekarang? Selalu sakit perut lagi ke? Dah makan ubat? How's Sonia and Ayesha? Does the kids took their lunch and dinner? Still wearing black? The kids sihat? Adakah masih the voices in her head talking and disturbing her? I'm sorry I can't be there and I'm sorry to be myself. Harap lepas ni she's happy and enjoying her life. Gua ibarat awan yang berarak je.
Hidup kena teruskan kan? gua rasa gua akan teruskan hidup takde visi dan misi gua dan terus membazir duit dengan pegi tailor tempah suit setiap bulan, smoking cigar sebanyak mungkin, pergi bar lepak sengsorang sambil termenung dan semua ni akan gua ulangi dan terus ulangi dengan niat untuk memuaskan hati gua dan menafikan kesialan hidup gua.
So at least gua boleh mengaku yang hidup gua takdelah sucks sangat. Dah lah, gua pun fed up.
nak komen tapi takut nak komen. errr. -.-
ReplyDeleteal-Celaka, setelah 7 bulan tak update blog ke mana menghilang ?? lebih setengah tahun saya menanti jantani al-Celaka meng update blog puaka lagi celaka ini
ReplyDeletesdih ye luahan aty dude iqbal kali ni.....sbar la nnt smpai hidayah yg akn btandang..
ReplyDeletetp papepn blog ni mmg best...lama tggu dude iqbal update...thanks bro
cayala lu bal...ado lagi ko....
ReplyDelete